Saturday 2 August 2014

JOM KENALI FAN PAGE SIAPA CINTAKAN RASULULLAH SILA LIKE PAGE NI





       Asalamualaikum semua,saya hari ini tanggal 2 ogos 2014 ingin mengongsikan satu perkara yng menarik.saya ingin mengongsikan atau lebih tepat lagi mem'promote' sebuah  fan page di fb.Nama page tu "Siapa Cintakan rasulullah sila like page ni".Ape yang menarik sangat page ni jom tahu.



Gambar profil di fb-     


Fan page ini dibina pada tahun 2014 dlm pertengahan Ramadhan mcm tu.Tujuan page ni dibina adalah untuk menyebarkan ilmu dan berdakwah tentang agama islam melalui page ini.Kami akan mengongsikan pelbagai info dakwah dan  ilmu kepada mereka yang dahagakan ilmu.Ada sebuah hadis yang menyatakan menuntut la ilmu sehingga ke liang lahad.Jadi,sebagai inisiatif berdakwah yang diambil oleh pemilik page ini.Sekarang dunia telah moden jadi kita boleh berdakwah di mana-mana saja.Kami akan mengongsikan info dakwah dan juga info semasa yang berlaku di dunia ini.                                                                                                    




SOALAN:BAGAIMANA BOLEH MENDAPAT IDEA MENCIPTA PAGE INI?                                           

JAWAPAN:-Pada mulanya saya tidak terfikir pon untuk berdakwah kepada orang.Malah saya tidak berminat untuk menyebarkan syiar islam.Tetapi selepas saya melihat bertapa telah banyak umat islam telah rosak akibat pengaruh barat yang menular.Pada mulanya,saya tidak sedar akan keadaan ini tapi bila lihat status rakan-rakan di fb yang kurang sopan.Minda saya terbuka!Di facebook saya yang sebenar mempunyai lebih kurang 800 orang kawan.Jadi, jika dah 800 orang kawan banyak lah ragam nye.Saya terfikir buat page ini kerana ingin berdakwah kepada ummat islam dan ummat manusia.Saya amat sedih apabila ramai kalangan remaja wanita yang kurang sopan dn sudah pandai mencarut di facebook.Perkataan bodoh,bangsat sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.Saya akan cuba untuk membentuk akhlak mereka kembali.Itulah tujuaan nye iaitu ingin berdakwah.                                                                                                                                    


SOALAN:MENGAPA MEMILIH NAMA PAGE "SIAPA CINTAKAN RASULULLAH SILA LIKE PAGE NI"?                                                                                                         


JAWAPAN:-Saya memilih nama itu kerana saya fikir nama itu  cantik dan sesuai digunakan.Salah satu sebabnya saya gunakan nama tu kerana ingin cuba menarik rakan-rakan untuk like page tu.Ye la,siapa tidak mencintai rasulullah.


 

APA YANG INGIN DIKATAKAN KEPADA SEMUA PENGGUNA FB YANG BARU MENGENALI ANDA?

JAWAPAN:-Saya cuma ingin katakan saya tidak memaksa untuk menyukai saya di fb.Tetapi saya cuma ingin berdakwah untuk masyarakat.Jadi,tiada paksaan untuk like.Kepada sesiapa yang ingin like page ni taip je kt butang search di fb.Taip "siapa cintakan rasulullah sila like page ni.untuk info pergi link ni http://www.jomtahu2000@gmail.com




Friday 25 July 2014

HUKUM MENIUP LILIN KETIKA HARI LAHIR

        Asalamualaikum semua,tanggal 25 julai 2014,penulis ingin mengongsikan satu topik yang menjadi tanda tanya segelintir masyarakat yang beragama islam.Soalan itu ialah bolehkah kita sebagai umat islam meniup lilin sempena hari lahir atau hari jadi?Bolehkah,nak tahu jom lihat jawapannya.
#JOMTAHU



Jawapan:



     Hari lahir atau hari jadi  juga disebut merupakan hari ulang tahun merupakan hari di mana seorang dilahirkan ,menandakan hari dimulai ehidupan di luar rahim.Dalam beberapa kebuadayaan,ia merupakan suatu kebiasaan untuk merayakan peringatan hari lahir seseorang .Contohnya, dengan mengadakan hari ulang tahun bersama keluarga dan rakan.


    Seringkali majlis sambutan yang diadakan secar besar-besaran,penuh kemeriahan dengan upacara memotong kek,meniup lilin diikuti dengan majlis tarian dan sebagainyaSemuanya bukan daripada ajaran islam dan bukan budaya melayu.


   Justeru,sebahagian ulama berpendapat sambutan hari jadi,khususnya dengan mengadakan upacara meniup lilin,menyanyi dan menari dalam keaadan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan adalah haram kerana ia merupakan perbuatan meniru budaya orang bukan islam.Nabi SAW bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang meniru satu kaum,maka dia termasuk dalam kalangan kaum tersebut(Riwayat Abu Daud)".


APA YANG HENDAK DIRAIKAN?



     Namun,ada yang mengatakan sambutan hari jadi adalah perkara yang tidak nas mengenainya,melarang.Oleh itu,perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan yang diadakan.Jika tujuan tujuannya ntukbersuka ria dan berpesta dan seumpamanya,maka timbul persoalan apa hendak diraikan?


        Hari jadi bermakna usia kita telah bertambah dan jangka hayat makin kurang.Apakah setahun yang lalu kita telah isi dengan ketaatan sehingga kita rasa bebar-benar gembira,maka kita pun mengadakan pesta?JIka benar kita telah isi setahun yang lalu dengan penuh kebaikan dan taat pada perintah ALLAH,maka kita patu rasa gembira dan bersyukur.Tanda syukur ialah dengan cara mengadakan meningkatkan amal soleh kita,bukan dengan cara mengadakan sambutan yang tidak selari dengan ajaran islam.Sebaliknya,jika setahun yang lalu kita cuai dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada ALLAH,maka kita patut berasa insaf,bertaubat dan perbaiki diri agar hari-hari mendatang.Jika usia kita masih panjang kita isi dengan amal soleh dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan lebih akrab.





HARI MUHASABAH


         Kesimpulannya,hari lahir patut dijadikan hari muhasabah diri sejauh mana kita telah berbakti kepada yang maha pencipta yang memberikan kehidupan kepada kita.Anak-anak patut merenung jasa ibu bapa,bertambah usia kita bermakna bertambah budi mereka dalam menjaga dan mendidik kita.Adakah kita telah membalasnya?

       

         Tidak sepatutnya dijadikan budaya di mana hari lahir adalah hari kita menanti dan menagih hadiah,terutama daripada ibu bapa yang memang terlalu banyak berkorban untuk kita.Sebaliknya kita yang sepatutnya memberi hadiah kepada mereka kerana tidak putus-putus menjaga,mendidik dan mengasihi kita sehingga ke usia yang kita capai sekarang ini.


Sekian daripada penulis.Moga-moga sedikit info ini dapat emberi manfaat kepada semua pihak.Asalamualaikum semua.






#JOMTAHU#

Thursday 24 July 2014

IKTIBAR DARI MEKAH



ANGKARA MLUT,BALASAN PUN TIBA:



Asalamualaikum semua,hari ni tanggal 23 julai 2014,penulis ingin menceritakan beberapa kisah yang berlaku di mekah.penulis akan menceritakan tentang apa yang berlaku ke atas jemaah haji ini.Tujuan saya menceritakan kisah ini bukan la untuk membuka aib si peserta haji.Tapi,saya ingin rakyat malaysia semua jadikan sebagai teladan dan pengajaran yang wajar.harap-harap semua jangan la menuduh saya penyebar aib.saya ingin mengongsikan kisah ini.Lagipun,dlm kisah ini saya tidak menggunakan nama yang sebenar.



     
      Mungkin sudah biasa kita dengar  nasihat kepada para jemaah haji atau pun umrah.kalau berada di sini kena jaga mulut.tetpi,bukan mudah untuk menjaga mulut kita.kadang2 kita akn terlepas ckp jugak.Inilah kisah nya.




KISAH  1:


-Sepasang suami isteri yang berasal dari sebuah kampung di pahang.Umur mereka lebih kurang dalam lingkungan 60-an.SI  isteri asyik merungut sejak datang ke tanah suci.pendek kata,semuanya serba tak kena.Sewaktu kami berada di Madinah,dia sering merungut tentang makanan yang disediakan.Kononya,makanan tak sedap la".Eeee......tak lalu la nak makan di sini.Tak selera aku!"Begitulah  omelan yang keluar dari mulutnya. Kuasa tuhan,sesampainya kami di mekah,walaupun disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang enak-enak,si isteri tadi hilang selera makan.Langsung tak dijamahnya makanan yang disediakan.Bukan itu saja,pernah satu hari van yang menghantar jenazah berhenti sedikit jauh dari kawasan pintu masjid.Apa lagi,si isteri yang turun daripada van menjadi berang.dimaki hamun pemandu itu walaupun orang itu bukan orang Malaysia dan tidak faham bahasa melayu.

          Hei,hantar la sampai depan masjid.Patah kaki aku nak berjalan jauh-jauh ni!jeritnya tanpa rasa bersalah.Sayan ysng mendengar suara suaminya menegur perbuatanya agar menjaga tingkah laku .Tetapi,teguran si suami tidak diendahkan.Usai solat zohor,par jemaah  pulang ke bilik masing-masing selepas menjamu selera.Begitu juga dengan si isteri tadi.Si isteri yang kononya ingin menyejukkan badan  yang kepansasn,berhrak ke bilik mandi.Entah mana silapnya,dia jatuh terlentang.Saya mendapat tahu apabila  ada seorang jemaah wanita memberi tahu si isteri itu patah tanganya.Ada juga saya terdengar jemaah lain yang kebetulan duduk sekampung denganya terbisik-bisik sesuatu.Kata mereka ini  mungkin balasan kerana tidak menjaga tingkah laku di tanah suci ini.wallah u'alam.




KISAH:2


      Kejadian kedua pula berlaku pada tahun 2010.Hari terakhir kami di mekah,sebelum pulang ke Malaysia,saya didatangi oleh tiga sekawan yang datang dari selatan tanah air.saya namakan mereka dengan fatimah,salmah dan auni(ketiga-tiga nma ini bukan nama sebenar).Mereka bertiga merupakn sahabat baik.Itu kali pertama salmah ke tanah suci."Hajah,hari ini kamai bertiga tak nak buat umrah.Kami nak beli nasi arab  dan makan kat hotel.bukan apa,nasi arab kat sini sedap.Begitulah kata  fatimah kepada saya.Ketika mereka di Masjidil haram untuk menunaikan tawaf sunat, salmah berkata,"Ya ALLAH ramai nye orang tawaf macam ulat tahi dah"."Eh,mah apa ko cakap ni.kita dalam masjid ni jaga mulut sikit."bidas fatimah yang kurang senang dengan kata salmah.salmah balas lagi,betul la apa aku kata macam ulat tahi .Malas nak melayan kerenah salmah mereka bertiga meneruskan tawaf sunat.Selepas solat zuhur,seperti biasa mereka akan ke hotel,tiga sahabt ini makan tengah hari bersama. mereka bertiga makan nasi arab yang dibeli


      ketika salmah membuka bungkusan nasi arab itu.Alangkah terkejutnya,apabila nasi arabnya berulat.Sedangkan kawan2 nya tiada pulak.Sewaktu pekerja itu membungkus makanan tidak pulak nampak ulat.Lagipun,jika ada ulat mestilah pekerja nasi arab itu akan menggantikan yang baru.Mereka bertiga hanya mampu berdiam saja.Betullah kata orang mulut perlu dijaga ketiak berada di sini.




Sampai di sini sajah tulisan saya kali ini.Sebenarnya banyak lagi cerita iktibar dari mekah ni tapi penulis ada kerja lain selepas ni...harap-harap pembaca semua dapat mengambil iktibar daripada kisah-kisah tadi.Insyaallah.